Saturday, 19 May 2012

Penutupan Gua Kelam 1

Dukacitanya dimaklumkan kepada semua pelawat, bahawa GUA KELAM 1 kini  DITUTUP akibat banjir yang telah melanda Negeri Perlis pada 11 SEPTEMBER 2011. Kami warga kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis memohon maaf diatas kesulitan yang telah berlaku. Tarikh pembukaan akan diumumkan semula setelah semua kerja-kerja pembaikpulih siap dilakukan dengan segera.


 

 

Sambutan Aidilfitri Anjuran Kerajaan Negeri Perlis

KANGAR, 17 SEPTEMBER 2011 - Telah berlangsungnya majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Peringkat Negeri Perlis. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Warisan Kangar. Turut mencemar Duli Tuanku Raja Perlis, D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama Tuanku Raja Perempuan Perlis, D.Y.M.M. Tuanku Tengku Fauziah Binti Al-marhum Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Raja Puan Muda Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Dato' Akashah Khalil. Pada malam tersebut semua rakyat Negeri Perlis turut hadir meraikan Majlis Jamuan Hari Raya berkenaan. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Dalam majlis tersebut sebanyak 15 buah gerai makan dipertandingkan. Pelbagai aspek telah diambil kira terutamanya dari segi penyediaan makanan serta khasiatnya. Sebagai agensi kerajaan yang sentiasa aktif dalam memberi sumbangan kepada negeri, jabatan ini tidak ketinggalan dalam menyertai acara tersebut. Walaupun jabatan ini tidak dinobatkan sebagai johan namun kami masih mampu berbangga kerana telah mendapat tempat kedua daripada semua gerai yang dipertandingkan. Hadiah telah disampaikan kepada Pengarah Jabatan Perhutanan iaitu Encik Ridzuan bin Salleh oleh D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada malam tersebut.

 

 

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54

KANGAR, 16 SEPTEMBER 2011- Telah berlangsungnya sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 peringkat Negeri Perlis di Taman Merdeka. Pada majlis tersebut turut mencemar Duli Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid. Turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Dr Md Isa Sabu, lebih 3,000 peserta daripada 75 kontinjen yang mewakili jabatan dan agensi kerajaan, pasukan keselamatan, institusi pengajian tinggi dan NGO menyertai perarakan bermula dari Kompleks Warisan dan berakhir di Taman Merdeka sejauh kira-kira satu kilometer.

Jabatan ini juga telah menghantar satu kontinjen (32 orang) yang diketuai oleh Renjer Hutan iaitu En. Basirun bin Bakar sebagai wakil dalam menyertai perarakan tersebut. Kemudiannya, para pengunjung dan tetamu dihidangkan dengan persembahan pentomin mengenai sejarah kebangkitan negara pada zaman pendudukan Jepun dan darurat yang dijayakan oleh gabungan guru dan pelajar dari beberapa sekolah di Perlis.

 

Rumah Terbuka Aidilfitri

KANGAR, 9 SEPTEMBER 2011 - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011, Jabatan ini telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka. Majlis tersebut diadakan di perkarangan pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Turut mengundang iaitu Dato’ Seri Dr. Md. Isa bin Sabu bersama isteri, Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pengarah-Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan Syawal yang mulia ini justeru mengeratkan hubungan silaturrahim diantara warga kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Majlis ini bermula setelah tamatnya Mesyuarat Agung Koperasi iaitu jam 10.00 pagi hingga 12.45 tengahari. Kehadiran semua tetamu undangan telah memeriahkan suasana pada pagi tersebut.

 

 

 

 

 

Select Language

Lagu Warisan Hijau

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Activities Calendar

May 2012 June 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 18 1 2 3 4 5 6
Week 19 7 8 9 10 11 12 13
Week 20 14 15 16 17 18 19 20
Week 21 21 22 23 24 25 26 27
Week 22 28 29 30 31

Prayer Times

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login Emel

Muat Turun Borang


Pisang tali


Pegaga


Sunting Tengkolok


Bemban


Melur


Putat Kedun


Lidah buaya

Login Admin



Product of Herbal Forest


(Read more...)