Introduction to Offshore Plants
 
The Mangrove Forest in Malaysia grow in the estuary and hidden delta. There are at least 566,856 hectares of Mangrove Forest in Malaysia. 60.1% of it are in Sabah, 22.3% in Sarawak and the other 17.6% are in the Peninsular Malaysia.

Hutan pesisiran pantai termasuk hutan paya laut memainkan peranan penting sebagai benteng untuk memecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan ombak daripada laut yang sering memukul pantai. Selain menjadi pelindung fizikal secara semula jadi kepada pesisiran pantai, hutan tersebut juga merupakan suatu ekosistem unik yang menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna serta hidupan marin.

Malaysia mempunyai lingkungan pesisiran pantai yang agak panjang iaitu sejauh 4,800 kilometer. Kawasan pesisiran pantai merupakan entity yang kompleks di mana pelbagai interaksi haiwan, tumbuhan, manusia dan kuasa alam yang dinamik berlaku. Terdapat pelbagai jenis hutan yang berada di kawasan ini seperti hutan paya laut atau hutan bakau (mangroves), hutan paya gmabut (peat swamp) hutan tepian sungai (riparian), hutan pantai dan hutan bukit (beach and rocky shore). Kawasan hutan di pesisiran pantai memainkan peranan yang penting kepada kesejahteraan penduduk pesisir yang tinggal berhampiran dengan pantai dari segi sosio ekonomi dan keselamatan. Di samping itu, lapisan hutan ini adalah perupakan zon penampan atau benteng semula jadi bagi melindungi pesisir daripada kuasa fizikal alam seperti ombak besar (tsunami), angina yang kencang dan mencegah serta mengurangkan kadar hakisan tanah. Kawasan ini juga merupakan habitat penting yang melindungi pelbagai spesies flora dan fauna.

Usaha untuk memastikan pembangunan dan kesinambungan kehidupan secara seimbang di pesisiran pantai merupakan suatu proses mencabar dan memerlukan satu pendekatan yang merentas sektor dan penglibatan padu dari semua lapisan masyarakat.